Monday, 26 October 2009

::karaoke amal 09'::


Ikhsan daripada Laman Web BPG

Sunday, 25 October 2009

Karaoke Amal 09'

Salam..

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerna Karaoke Amal 09' telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kerjasama bijak antara PISMP Pengajian Sosial Semester 4 dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009 membuahkan hasil yang cemerlang. Objektif utama untuk menyumbang sesuatu kepada komuniti setempat berjaya dicapai dan menjelaskan bagaimana pendidik itu perlu sentiasa berusaha menjalinkan hubungan positif dengan masyarakat luar.

Kejayaan penganjuran Karaoke Amal 09' merupakan petanda bahwa semua warga Institut sentiasa memberikan kerjasama yang baik dalam menjadikan segala aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan dapat berjalan dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak pentadbir, para pensyarah, para staf sokongan,para peserta, rakan-rakan pelajar dan semua pihak yang sentiasa memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Karaoke Amal 09' pada kali ini.

Menitip ucapan saudara Abang Fitri Bantilan Bin Abang Latif,selaku Pengerusi Pengelola Karaoke Amal 09', "Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak dalam menjayakan Karaoke Amal 09' pada kali ini. Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Kompleks Kebajikan Hamidah dan juga Pusat Orang Kurang Upaya Sunflower atas kerjasama mereka dalam menjayakan aktiviti amal sebegini. Saudara Fitri turut menyatakan terima kasih kepada Encik Kujang Malong sebagai Pensyarah Penasihat Program yang sentiasa memberikan bimbingan dan nasihat dalam menjayakan Karaoke Amal 09'". "Berhibur Sambil Menderma"

Semoga segala sumbangan kita akan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat yang memerlukan. Jika bukan KITA, SIAPA? Jika bukan SEKARANG, BILA?

Wassalam,
Abg Mohd Shukri Bin Abg Muis [abangz]

Sunday, 18 October 2009

::fikrah hamba biasa::

Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, pertama & selamanya ana panjatkan kesyukuran terhadap Allah SWT kerna masih diberik kekuatan & nikmat Islam serta Iman. Wujudnya fikrah perkongsian blog ini untuk bicarakan pelbagai elemen kehidupan setara dengan nilai Islam itu sebagai ad-din atau the way of life. Kehidupan ini memang tidak sempurna namun kita usaha ke arah kesempurnaan ke arah Allah SWT. Semuanya adalah kerna Allah Yang Maha Kuasa.

Wujudnya fikrah ini juga bukan sekadar perkongsian biasa namun lokasi segala-galanya termasuklah skop ekonomi, politik, sosial dan agama syumul, ISLAM. Semoga perkongsian fikrah bermakna sentiasa mendapat redha Allah SWT.

Wassalam,
abangz